Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah sedia mengetahui mengenai tawaran Microsoft untuk memiliki Yahoo! Namun begitu, baru-baru ini Microsoft telah menyatakan ketidak-inginan mereka terhadap Yahoo! lagi. Hal ini mungkin kerana mereka sudah mula membangunkan enjin carian mereka sendiri. Melalui kajian dan pembangunan yang sedang masih dijalankan, mereka bakal memperkenalkan Viveri.

viveri
Logo Viveri

Awal tahun ini, Ballmer sudah pun mengatakan bahawa mereka bakal membelanjakan lebih $5 billion dalam kajian dan pembangunan, dan Viveri merupakan salah satu komponen didalam pembangunan mereka. Viveri bakal membantu Live Search memperlihatkan hasil carian yang lebih relevan lagi.

Walaubagaimanapun, menurut salah seorang pembangun Microsoft, Viveri bakal menjadi platform untuk mencuba perkara-perkara, idea dan teknologi baru. Seterusnya, sekirany pengguna yang mencuba fungsi tersebut berpuas hati dan tertarik dengan fungsi-fungsi tersebut, ianya bakal di masukkan kedalam Live Search. Pendek kata, Viveri boleh dikatakan sebagai Live Search Labs.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd