MYNIC Di Jenamakan Semula Sebagai Domain Registry

MYNIC Di Jenamakan Semula Sebagai Domain Registry

Diterbitkan pada Feb 26, 2009 oleh .

Mungkin buat masa ini orang ramai sudah pun mengenali akan MyNic, badan pendaftar domain .MY. Jumaat yang lalu, mereka sudah menjenamakan diri mereka daripada Mynic kepada Domain Registry. Mereka juga memperkenalkan logo baru bersama-sama dengan slogan baru – Identiti Internet Untuk Semua.

MyNic
Logo .My Yang Baru

Kini, sekiranya anda memasuki laman Mynic.my, secara automatiknya, anda akan dibawa kepada laman DomainRegistry.my. Tujuan penjenamaan semula ini dikatakan adalah salah satu langkah untuk membawa teknologi nama domain lebih dekat kepada para pengguna.

Sebaliknya, saya di aMaNz beranggapan ianya lebih menarik sekiranya menggunakan perkataan MYNIC daripada penggunaan perkataan Domain Registry. Walaubagaimanapun, syabas diucapkan kepada MyNic kerana berjaya memindahkan data tanpa menganggu operasi sebarang laman web yang menggunakan nama domain .my.

Sedikit perkara yang mungkin perlu diberi perhatian oleh MyNic adalah masih tiada sebarang penggunaan atau pemilihan untuk melihat laman web Domain Registry dalam bahasa Malaysia. Selain itu, slogan – Identiti Internet Untuk Semua juga kurang menepatinya, disebabkan keperluan MyKad ketika pendaftaran nama domain. Mungkin lebih menarik sekiranya menggunakan slogan Identiti Internet Untuk Rakyat Malaysia.


TIPS & ULASAN