Cari @ Amanz

Setelah sekian lama, Google hari ini turut serta didalam dunia Twitter. Melalui tweet yang dibuat lebih kurang 6 jam yang lalu, Google memulakannya dengan “I’m 01100110 01100101 01100101 01101100 01101001 01101110 01100111 00100000 01101100 01110101 01100011 01101011 01111001 00001010” yang bermaksud I’m Feeling Lucky.

Google di Twitter
Halaman Google di Twitter

Nampaknya kini, Google ingin berhubung terus dengan orang ramai melalui Twitter. Sebelum ini, ketika aplikasi emel mereka tidak boleh diakses selama lebih kurang 3 jam, ramai yang mula bertweet mengenainya untuk mencari penyelesaian. Mungkin dengan adanya Google sendiri di laman Twitter, mereka boleh memberi makluman lebih pantas daripada sebelumnya.

Kredit : VentureBeat

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd