Windows 7 Pada Bulan Oktober 2009?

Windows 7 Pada Bulan Oktober 2009?

Diterbitkan pada Feb 26, 2009 oleh .

Jikalau sebelum ini terdapat banyak spekulasi tentang tarikh pelancaran Windows 7 kelak, hari ini, presiden sebuah syarikat di Taipei memberitahu bahawa Windows 7 bakal menemui para pengguna pada bulan September ataupun bulan Oktober tahun ini.

Menurut beliau, mengikut jadual pelepasan yang mana memperlihatkan Windows 7 RTM bakal dilepaskan pada bulan Oktober 2009 kelak. Namun begitu, mungkin beliau terlupa bahawa Windows 7 RTM dan juga Windows 7 GA adalah dua keluaran berbeza, dan mungkin mempunyai sedikit masa diantaranya.

Microsoft sebelum ini telah melepaskan Windows 7 Beta untuk dicuba oleh para pengguna pada Januari 10 yang lalu. Dan sehingga kini, sudah diketahui bahawa Microsoft telah membangunkan sehingga Windows 7 Build 7048 yang mana dikatakan sebagai Windows 7 RC.


TIPS & ULASAN