Setelah mengalami masalah dengan GMail hampir selama 3 jam tempoh hari, hari ini Google memperkenalkan dashboard yang memaparkan status aplikasi Google Apps, dengan tujuan untuk berkomunikasi dengan lebih baik bersama dengan pelanggan yang menggunakan aplikasi dalam talian daripada Google.
Dashboard Yang Memperlihatkan Status Semasa Aplikasi Google
Melaluinya, para pengguna dan pelanggan dapat ketahui berkenaan status semasa sesuatu aplikasi, dan tidak perlu panik sekiranya sesuatu berlaku. Ianya mungkin salah satu perkara terbaik yang pernah dilakukan oleh Google. Malah melaluinya juga, Google mengeratkan lagi hubungannya antara pelanggan disamping menjadikan pelanggan lebih yakin bersama mereka.
Melaluinya, pengguna boleh melihat keadaan dan status semasa aplikasi seperti GMail, Google Calendar, Google Talk, Google Docs, Google Sites dan juga Google Video For Business.