Cari @ Amanz

Mungkin ramai sudah sedia maklum bahawa Nokia merupakan pembuat telefon bimbit terbesar di dunia. Kini, terdapat beberapa sumber mengatakan bahawa Nokia bakal memasuki pasaran laptop, dengan memasarkan laptop buatannya malah CEO Nokia sendiri memberitahu bahawa mereka sedang mengkaji dengan amat aktif untuk memasuki pasaran laptop.

Mungkin pasaran laptop dan notebook kelihatan amat tepu, namun begitu, ianya tidak melemahkan semangat Nokia. Pada masa kini, kebanyakkan pengguna sudahpun mula menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi melalui internet, malah kebanyakkan telefon bimbit terbaru Nokia juga sudah menyerupai komputer mudah-alih, dengan fungsi untuk melayari laman web dan ber-chating. Mungkin ini dilihat sebagai sebuah peluang oleh Nokia itu sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd