Cari @ Amanz

Mungkin ramai sudah ketahui akan laman bookmark paling popular, Digg. Baru-baru ini mereka sedang mencuba toolbar, yang mana bakal diintegrasikan kedalam pelayar web. Fungsi seumpamanya pernah dicuba oleh StumbleUpon terlebih dahulu sebelum ini.

Digg Toolbar
Toolbar Digg Pada Pelayar Web [via]

Toolbar ini bakal menyediakan beberapa fungsi, yang mana antaranya adalah kebolehan untuk anda mengundi sesuatu artikel itu, selain membolehkan anda meninggalkan komen padanya. Anda juga boleh melihat artikel-artikel berkaitan dengannya dengan hanya satu klik sahaja. Bersama-sama dengan itu, Digg juga menyertakan kebolehan untuk berkongsi cerita atau artikel tersebut pada Facebook, Twitter ataupun emel.

Selain daripada itu, salah satu fungsi yang seakan StumbleUpon pada toolbar ini adalah button Random, yang mana bakal membawa anda ke artikel lain secara rawak. Sebelum ini, StumbleUpon turut memperkenalkan konsep sama, yang mana membawa peningkatan pengguna yang amat tinggi sekali. Mungkin, Digg juga turut sama ingin meningkatkan jumlah penggunanya dengan memperkenalkan toolbar ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd