Nuffnang Kini Sudah Berumur 2 Tahun

Nuffnang Kini Sudah Berumur 2 Tahun

Diterbitkan pada Feb 27, 2009 oleh .

Media pengiklanan dalam talian pertama di Malaysia – Nuffnang, hari ini menyambut ulang tahun keduanya sebagai syarikat pengiklanan di Malaysia ini. Nuffnang yang dimulakan oleh Timothy dan Ming ini dimulakan pada 27 Februari 2007. Kini, mereka sudah mempunyai beberapa cawangan termasuk di Singapura, Filipina dan juga Australia.

Nufnang 2 Tahun
Logo Khas Nuffnang Sempena 2 Tahun

Nuffnang sendiri kini sudah mencapai lebih 80,000 orang pengguna berdaftar dengan mereka sehingga Februari 2009, dan angka ini turut bertambah dari masa ke semasa. Walaupun menghadapi cabaran dan melalui krisis ekonomi, Nuffnang tetap hidup, walaupun terdapat beberapa syarikat tempatan lain yang menutup tirai seperti GoKita dan juga GrabMyAds. Pesaing terdekat Nuffnang di dalam Malaysia adalah Advertlets.


TIPS & ULASAN