Mungkin ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan perubahan pada Windows 7 sejak daripada Windows 7 Beta yang diberikan secara percuma pada bulan Januari yang lalu. Melalui satu artikel khas, Microsoft memperlihatkan beberapa perubahan yang dilakukan daripada Windows 7 Beta sehingga kepada Windows 7 RC yang terkini, berdasarkan daripada komen para pengguna untuk Windows 7 Beta.
Windows 7 RC – Fungsi Aero Peek Pada ALT + TAB [via]
Perkara yang utama diberi perhatian adalah fungsi ALT + TAB. Kini anda boleh flip tetingkap anda dengan menggunakan fungsi ALT + TAB sambil menikmati keindahan Aero Peek. Selain daripada itu, Microsoft juga telah memperbaiki cara untuk mengenal pasti antara tab yang sedang digunakan dengan tab yang tidak digunakan. Di dalam Windows 7 Beta, ianya hampir sama dan sukar untuk diketahui samaada sesuatu tab itu dibuka atau pun tidak. Kini, dalam Windows 7 RC, ianya boleh dibezakan dengan mudah sekali.
Windows 7 RC – Warna Pada Tab Aktif [via]
Melalui Windows 7 RC juga, anda sudah boleh menyembunyikan icon ataupun gajet desktop dengan pilihan pada klik-kanan tetikus. Pilihan ini tidak disertakan didalam Windows 7 Beta tempoh hari. Selain itu, kini Windows Media Player lebih ringan dan ringkas pada RC, yang mana dibangunkan berdasarkan pada komen pengguna terhadapnya.
Selain daripada itu, banyak kekunci pintas diperkenalkan pada Windows 7 RC ini, yang mana memudahkan para pengguna mendapat akses pantas kepada sesebuah fungsi dengan hanya menggunakan papan kekunci sahaja. Mungkin kita akan dapat melihat lagi banyak perubahan pada Windows 7 versi akhir kelak.