Microsoft Memperlihatkan Teknologi Pada 2019

Microsoft Memperlihatkan Teknologi Pada 2019

Diterbitkan pada Mac 1, 2009 oleh .

Hari ini, melalui satu video khas, Microsoft mendemonstrasikan bagaimana teknologi bakal kelihatan pada tahun 2019 kelak. Walaupun video tersebut dimulakan dengan sedikit kekeliruan dengan beberapa teknologi yang pernah dilihat di filem-filem barat, anda harus melihatnya untuk mendapat gambaran sepenuhnya.

Video Montaj Visi 2019

Video Konsep Microsoft

Video tersebut merupakan salah satu klip daripada presentation yang dilakukan oleh Microsoft di Wharton Business Technology Conference. Walaupun ianya hanyalah konsep sahaja buat masa ini, ianya sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana visi ini dijayakan oleh pakar-pakar teknologi seluruh dunia. Dan sekiranya perkara-perkara seperti ini dijayakan oleh Microsoft, sudah tentunya ia bukan suatu masalah besar untuk mendapatkan kembali pasaran penggunanya yang makin berkurangan kini. Sama-sama kita tunggu dan lihat.


TIPS & ULASAN