Chrome dan Firefox Terus Memperkukuhkan Kedudukan

Chrome dan Firefox Terus Memperkukuhkan Kedudukan

Diterbitkan pada Mac 2, 2009 oleh .

Firefox dan Chrome terus memperlihatkan peningkatan penggunaan dari masa ke semasa, sedangkan Internet Explorer milik Microsoft menunjukkan penggunaan yang makin berkurangan. Safari memperlihatkan pengurangan beberapa peratus penggunaannya, dan ini mungkin akan berubah dengan pengenalan Safari 4 Beta baru-baru ini.

Kedudukan Pelayar Web Pada Feb 2009
Kedudukan Pelayar Web Pada Feb 2009 [via]

Mozilla secara terus-menerus. mempertingkatkan penggunaan pelayar web mereka, dengan penambahan beberapa add-on seperti Ubiquity dan sebagainya. Selain daripada itu, mereka juga sedang mengusahakan pelayar web serba baru, iaitu Mozilla Minefield. Walaupun sebelum ini ianya dikatakan sebagai Minefield sebagai pelayar web terpantas di dunia, ianya telah berubah sejak Safari 4 Beta diperkenalkan. Mungkin Mozilla sedang mengusahakan sesuatu yang baru untuk mengatasinya. Malah perancangan untuk versi Mozilla Firefox terbaru juga telah didedahkan baru-baru ini.

Google Chrome pula sering menerima pembaharuan dari masa ke semasa, selain memperlihatkan beberapa fungsi terbaru melalui saluran pembangunan Chrome. Terbaru, mereka telah menambah fungsi full-screen pada pelayar web mereka. Penggunaan add-on dan plugin pihak ketiga juga bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Chrome untuk Mac juga bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Internet Explorer menghadapi penurunan sejak IE6 dan IE7 diperkenalkan, yang mana sering mengalami masalah dalam melayari beberapa laman web. Walaubagaimanapun, Microsoft telah sedia mengatasi perkara ini dengan bakal memperkenalkan Internet Explorer 8 tidak lama lagi.

Sementara itu, Opera sedang dalam proses membangunkan Opera 10 yang mana menepati ujian Acid3, dan Apple pula sedang membangunkan Safari 4, yang dikatakan sebagai pelayar web terpantas di dunia buat masa ini. Mungkin bulan Mac akan membawakan pelbagai perubahan kepada dunia pelayaran web. Sama-sama kita lihatnya.


TIPS & ULASAN