Kini, Flickr Membolehkan Semua Memuat Naik Video

Kini, Flickr Membolehkan Semua Memuat Naik Video

Diterbitkan pada Mac 3, 2009 oleh .

Selepas hampir memperkenalkan video pada Flickr, yang mana membolehkan para pengguna berbayar memuat-naik video sepanjang 90 saat, kini ianya diperluaskan kepada para pengguna percuma sekali. Selain itu, Flickr juga memperkenalkan fungsi video HD untuk dimuat-naik dan ditonton para pengguna.

Para pengguna percuma kini boleh memuat-naik dua video setiap bulan, selain ruangan 100mb yang diberikan secara percuma sewaktu pendaftaran. Untuk memuat-naik lebih daripada itu, anda boleh mendaftar menjadi ahli berbayar, yang mana memberikan beberapa kelebihan tambahan, selain membolehkan anda memuat-naik lebih video lagi.

Bagi para pengguna berbayar pula, Flickr memperkenalkan fungsi HD. Dengan lebih banyak gajet yang membolehkan pengguna merakamkan video dalam bentuk HD, ianya merupakan salah satu perkara yang diberi perhatian oleh kebanyakkan penyedia hos video pada masa kini. Walaupun hanya pengguna berbayar sahaja boleh memuat-naik video HD, semua pengunjung boleh melihat video dalam bentuk HD tanpa sebarang bayaran.

Mungkin tidak lama lagi, Flickr turut bakal menjadi komuniti video yang besar dan mungkin boleh menandingi laman-laman video di luar sana suatu hari nanti.


TIPS & ULASAN