Carian Masa Nyata Twitter Melalui Google

Carian Masa Nyata Twitter Melalui Google

Diterbitkan pada Mac 3, 2009 oleh .

Jikalau sebelum ini, kita terdengar mengenai kekurangan carian yang efektif pada Twitter, bagaimana pula sekiranya Twitter diintegrasikan bersama Google. Kini anda boleh mengintegrasikan carian Twitter bersama Google dengan penggunaan add-on Firefox, sekali gus memperlihatkan carian pada masa nyata Twitter di Google.

Twitter di Google
Hasil Carian Google Memperlihatkan Tweet Terkini

Dengan penggunaan script khas ini, ianya bakal memperlihatkan 5 tweet terkini mengenai kata kunci carian anda pada carian Google. Menariknya, kita tidak perlu lagi tunggu Twitter dimiliki Google untuk melihat hasil carian Twitter pada masa nyata di hasil carian Google.

Untuk membolehkannya anda hanya perlu lakukan dua perkara mudah sahaja;

  • Memasang add-on GreeseMonkey pada Firefox anda.
  • Memasang script khas carian Twitter di Google.

  • TIPS & ULASAN