Carian
Blogtitude Kembali Kepada Rekabentuk Lama
March 3, 2009 Aman

Setelah mencuba dengan Facebook Connect sebelum ini, Blogtitude sekali lagi mengubah rekabentuk lamannya kepada rekabentuk lama dengan sedikit perubahan kecil pada halamannya. Rekabentuk baru memperlihatkan mereka sudah sedia untuk memperkenalkan fungsi ahli tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, dukacitanya, laman tersebut kini tidak memperlihatkan sebarang entri.

Blogtitude
Rekabentuk Blogtitude Terkini

Sebelum ini, Blogtitude pernah menggunakan rekabentuk ini ketika kembali beroperasi semula pada tahun ini. Seterusnya mereka mengubah rekabentuk kepada rekabentuk berwarna putih, sebelum kini menggunakan semula rekabentuk lama.

Blogtitude
Bahagian Footer Blogtitude

Menariknya, rekabentuk baharu ini memperlihatkan beberapa pengenalan fungsi baru. Antaranya adalah pengenalan halaman ahli yang mana membolehkan para ahli berdaftar (mungkin menggunakan Facebook Connect) untuk undi sesuatu artikel, disamping membolehkan ahli claim blog mereka. Selain daripada itu juga, kini Blogtitude bakal memperkenalkan kategori pada laman mereka, yang mana kelak membolehkan pengguna melihat artikel terkini mengikut kategori.

Blogtitude mula beroperasi semula pada awal Januari yang lalu.

Komen