Cari @ Amanz

Enjin Carian Cuil yang dulu dikatakan bakal mencabar Google, yang mana kemudiannya mengalami penurunan penggunaan, kini menstruktur semula laman web mereka. Baru-baru ini mereka mengumumkan perubahan rekabentuk dan cara baru hasil carian dipertontonkan.

Walaubagaimanapun, rekabentuk baru ini memperlihatkan sebagai sebuah blog majalah, yang mana susunanya agak berlainan daripada enjin carian lain. Masalah utama Cuil, iaitu masih tidak mengindex sepenuhnya laman-laman web, selain memperlihatkan keputusan carian yang kurang releven berbanding enjin carian lain, masih terdapat, dan tiada penambahbaikkan yang dilakukan terhadapnya.

Rekabentuk Cuil Baru
Rekabentuk Baru Cuil [via]

Selain Cuil yang bersaing untuk mendapatkan tempat di mata para pengguna, Microsoft juga dalam proses memperkenalkan Kumo kepada orang ramai. Mungkin dunia enjin carian akan mengalami perubahan pada tahun ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan dunia enjin carian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd