Pilihan Untuk Nyah-Pasang Internet Explorer Pada Win7

Pilihan Untuk Nyah-Pasang Internet Explorer Pada Win7

Diterbitkan pada Mac 5, 2009 oleh .

Melalui versi pembangunan terbaru, Windows 7 Build 7048, kini para pengguna mempunyai pilihan untuk nyah-pasang Internet Explorer daripada sistem mereka. Mungkin ini salah satu cara Microsoft untuk mengatasi masalah memonopoli pelayar web yang dikemukakan di EU baru-baru ini. Selain itu, ianya juga sekali gus memudahkan para pengguna mempunyai lebih kawalan pada sistem mereka.

Pilihan Untuk Membuang IE8
Pilihan Untuk Membuang IE8 [via]

Walaubagaimanapaun, ianya hanya akan membuang fail explore.exe, kerana terdapat beberapa aplikasi lain yang mana kadang-kadang memerlukan fail-fail Internet Explorer untuk beroperasi dengan lancar. Tetapi, anda masih boleh membuang fail ini secara manual, sekiranya anda ingin membuangnya. Pilihan untuk nyah-pasang Internet Explorer 8 ini hanya mula diperkenalkan pada Build 7048 sahaja, dan mungkin akan diimplementasikan pada versi akhir kelak.


TIPS & ULASAN