MalaysiaKini dan Mapdoo Membangunkan 1Map

MalaysiaKini dan Mapdoo Membangunkan 1Map

Diterbitkan pada Mac 5, 2009 oleh .

Mungkin selama ini kita kekurangan sebuah direktori menarik yang memperlihatkan tempat-tempat menarik, ataupun restoran dan kedai makan menarik di Malaysia ini. Untuk mengisi ruangan ini, MalaysiaKini memperkenalkan laman baru dengan kerjasama Mapdoo, yang mana dikenali sebagai 1Map.

1map
Laman 1map

Untuk membangunkan laman ini, mereka menggunakan teknologi daripada Mapdoo, yang mana turut meminjam teknologi Google Maps. Menariknya, anda boleh memilih apa yang anda ingin diperlihatkan pada peta tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin melihat Stesen LRT ataupun Masjid, anda hanya perlu tandakannya, dan ianya akan dipaparkan pada laman tersebut.

Melalui kerjasama ini, Mapdoo dapat memperluaskan pengaruhnya diinternet, sekaligus memperkenalkan servisnya kepada lebih ramai pengguna lagi. Menariknya, anda juga boleh mengakses peta Malaysia dalam bentuk 3D dalam Mapdoo, dengan penggunaan Google Earth Plug-In.


TIPS & ULASAN