Cari @ Amanz

Melalui minit mesyuarat terkini, Mozilla bercadang untuk terus memperkenalkan Firefox 3.5 sebagai ganti kepada Firefox 3.1 yang sedang dalam pembangunan sekarang ini. Beta ke-3 yang bakal diperkenalkan pada Mac 12 ini masih akan menggunakan versi 3.1, tetapi keluaran akhir kelak akan menjadi Firefox 3.5.

Peningkatan nombor versi ini juga memperlihatkan bahawa Mozilla sedang mengintegrasikan beberapa fungsi menarik yang mana akan diperkenalkan bersama-sama pada versi akhir nanti. Antara fungsi yang bakal diperkenalkan kelak adalah seperti penambah-baikkan pelayaran web menggunakan tab, sokongan web standard terkini termasuk tag video, enjin membaca Javascript yang lebih pantas, sokongan pelayaran peribadi, dan sebagainya. Mungkin beberapa fungsi baru turut sama akan diperkenalkan bersama-sama versi 3.5 ini kelak.

Selain daripada itu, Mozilla juga bakal menambah satu lagi versi percubaan, iaitu Beta 4, sekaligus menjadikan tarikh keluaran versi akhir lebih lambat daripada dirancang. Mungkin Firefox 3.5 akan menemui para pengguna pada suku tahun kedua 2009. Sebelum ini, terdapat beberapa jangkaan yang Firefox 3.2 bakal menemui pengguna tidak lama lagi, tetapi tidak dijangka Mozilla terus melompat kepada versi 3.5.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd