Intense Debate Memperkenalkan Penggunaan Plugin

Intense Debate Memperkenalkan Penggunaan Plugin

Diterbitkan pada Mac 6, 2009 oleh .

Mungkin ramai yang sudah mengenali anak syarikat Automattic, iaitu Intense Debate, yang mana menyediakan platform komen untuk blog, termasuk untuk pengguna WordPress, Blogger dan TypePad. Hari ini mereka mengumumkan mengenai pengenalan penggunaan plugin pihak ketiga pada platform komen miliknya. Mereka sendiri menyediakan beberapa plugin khas untuk PollDaddy, Seesmic, dan YouTube.

Intense Debate - Smileys
Ruangan Meninggakan Komen Intense Debate Yang Baru [via]

Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu aktifkannya pada dashboard di IntenseDebate, dan sudah sedia digunakan. Melalui penggunaan PollDaddy, para pembaca dan pengguna boleh menyertakan undian dalam komen mereka. Sama juga untuk plugin Seesmic dan YouTube, dimana para pengguna boleh menyertakan video dalam komen mereka.

Selain itu, Intense Debate juga memperkenalkan fungsi Smileys pada platformnya membolehkan para pengguna menyertakan smiley pada komen mereka.


TIPS & ULASAN