Cari @ Amanz

Twitter nampaknya kini dalam proses untuk memperkenalkan fungsi carian pada laman mereka, termasuk bersama dengan pautan Trends untuk melihat trend popular pada sesuatu hari itu. Walaubagaimanapun, ianya masih boleh dilihat oleh kesemua pengguna lagi, dan mungkin ambil sedikit masa sebelum diimplimentasi sepenuhnya.

Twitter Search
Paparan Bahagian Pautan Yang Baru di Twitter [via]

Tab trend memaparkan lebih kurang 10 topik yang popular pada sesuatu hari itu, disamping sebuah kotak carian yang membolehkan anda melakukan carian pada masa nyata. Sekiranya, terdapat tweet terbaru selepas hasil carian dipaparkan, sebuah mesej akan dipaparkan pada bahagian atas carian, mengatakan terdapat tweet terbaru. Anda juga boleh mengintegrasi hasil carian Twitter dalam Google dengan mudah sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd