Cari @ Amanz

Setelah Chrome memperkenalkan halaman tab baru yang mana menarik minat ramai pengguna, kini Mozilla turut melakukan perkara sama. Walaupun ianya masih didalam pembangunan dan belum diimplementasi ke dalam Firefox, anda masih boleh merasainya dengan penggunaan add-on yang disediakan oleh Mozilla Labs.

Firefox - Fungsi Tab Baru
Firefox – Fungsi Tab Baru

Anda hanya perlukan Firefox versi terkini dan muat-turun plugin khas, dan anda sudah boleh menikmati fungsi tab baru yang bakal diperkenalkan kelak. Berbeza dengan fungsi pada Chrome, Firefox hanya menggunakan ruangan di sebelah kanan sahaja, dan membiarkan ruangan tengah kosong. Selain itu, menariknya, ia juga memperlihatkan 8 laman yang sering dikunjungi, beserta dengan artikel terkini melalui penggunaan RSS.

Tab Baru
Artikel Terkini Di Perlihatkan Pada Fungsi Tab Baru

Sebelum ini, Google turut memperkenalkan Toolbar untuk Firefox dan IE yang mana turut menyertakan sekali halaman tab baru sama seperti Chrome.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd