Cari @ Amanz

Dunia blogging tempatan kini sudah berubah ke tahap yang tidak kita imaginasikan sebelum ini. Sekiranya sudah biasa kita dengan berkenaan seseorang yang menulis mengenai hiburan, diresap ke dunia wartawan hiburan dan sebagainya. Kini, AirAsia pula memperkenalkan cara baru untuk pemilihan bakal juruterbang pelatih, iaitu melalui sebuah pertandingan menulis blog. Menarik bukan?

AirAsia
Lencana JuruTerbang AirAsia [via]

Melalui pertandingan tersebut, sesiapa yang berminat untuk menjadi juruterbang pelatih boleh menulis mengapa mereka ingin menjadi seorang juruterbang. Pertandingan tersebut diadakan antara 1 April hingga 15 April, dan 10 peserta yang berjaya, akan diresap ke dalam latihan juruterbang pada bulan Ogos kelak. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa syarat lain yang perlu dipatuhi sebelum anda menyertainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd