Perkara Baru Pada Windows 7 Build 7048

Perkara Baru Pada Windows 7 Build 7048

Diterbitkan pada Mac 9, 2009 oleh .

Dengan pengenalan tutup dan buka fungsi pada Windows 7, mungkin semua sudah perasan akan yang mana Micrsoft sudah pun mencapai versi pembangunan Build 7048. Perubahan yang dilakukan adalah agak konsisten dengan pengenalan fungsi-fungsi baru satu demi satu.

Salah satu perubahan yang kelihatan pada Windows 7 Build 7048, adalah efek animasi pada menu Start. Selain daripada itu, pautan Send Feedback pada setiap tetingkap juga sudah tidak lagi kelihatan seperti pada versi pembangunan sebelum ini. Ini mungkin kerana Build 7048 dikatakan sebagai Windows 7 RC yang mana sudah pun menghampiri versi akhir yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Efek Butang Start
Efek Pada Butang Start Yang Mengalami Perubahan

Selain daripada itu, beberapa fungsi lain seperti fungsi Aero Peek pada ALT + Tab, dan juga penggunaan warna berbeza pada tab aktif juga diimplementasikan sepenuhnya. Beberapa perkara lain yang turut menerima penambahbaikkan pada Build 7048 adalah sokongan rangkaian wireless, sokongan skrin sesentuh, sound UX, dan prestasi yang ditambah baik.


TIPS & ULASAN