Chrome 2.0.168.0 Menggunakan Enjin V8 Terkini

Chrome 2.0.168.0 Menggunakan Enjin V8 Terkini

Diterbitkan pada Mac 10, 2009 oleh .

Sementara Microsoft dalam perancangan akhir untuk mengeluarkan Internet Explorer 8, Mozilla pula dalam proses memperkenalkan Firefox 3.5, Google pada minggu lepas telah mengeluarkan versi pembangunan terkini untuk Google Chrome, iaitu Chrome 2.0.168.0. Lebih 150 permasalahan telah diselesaikan dalam versi pembangunan ini.

Chrome

Chrome 2.0.168.0 ini menggunakan enjin V8 yang baru, iaitu 1.0.3.1 yang mana menyelesaikan beberapa masalah sebelumnya, termasuk menyelesaikan masalah regexp. Selain daripada itu, Chrome 2.0.168.0 masih terdapat beberapa masalah, seperti pautan “Exit Full Screen” tidak berfungsi, dan notifikasi Javascript tidak berfungsi pada halaman tab baru.


TIPS & ULASAN