Pendapatan Dari Windows 7 Di Jangka $1.5 Billion

Pendapatan Dari Windows 7 Di Jangka $1.5 Billion

Diterbitkan pada Mac 10, 2009 oleh .

Sekiranya sebelum ini Microsoft mengatakan bahawa Windows 7 bakal menemui pengguna pada hujung tahun ini, diikuti beberapa khabar mengatakan Windows 7 bakal dikeluarkan pada bulan September atau Oktober kelak. Terbaru, seorang penganalisa, menjangkakan Windows 7 menemui pengguna pada bulan Jun atau Julai.

Selain itu, penganalisa tersebut juga menjangkakan Microsoft akan mencapai persetujuan untuk menggunakan enjin carian Yahoo!. dalam masa terdekat. Sebelum ini, Microsoft telah menolak tawaran daripada Yahoo!, selain membangunkan teknologi mereka sendiri, Viveri, disamping dalam perancangan untuk memperkenalkan enjin carian Kumo.com kepada orang ramai tak lama lagi, sebagai ganti kepada Live Search sekarang.

Selain daripada itu, penganalisa tersebut juga menjangkakan Office 14 akan menemui para pengguna pada awal tahun depan, dan bukannya tahun ini.

Windows 7 dijangkakan bakal membawa pendapatan tambahan sebanyak $1.5 billion kepada Microsoft, dan hampir $1 billion daripadanya adalah daripada kemaskini sistem operasi para pengguna kepada Windows 7, dan selebihnya daripada pasaran netbook, yang mana menjadi persaingan antara Microsoft dan Linux.


TIPS & ULASAN