Microsoft Masih Berminat Pada Yahoo!

Microsoft Masih Berminat Pada Yahoo!

Diterbitkan pada Mac 10, 2009 oleh .

Jikalau sebelum ini umum ketahui yang mana Yahoo! telah menolak tawaran bernilai $47.5 billion daripada Microsoft, yang mana seterusnya telah membawa kepada peletakkan jawatan CEO Yahoo!, kini Microsoft sekali lagi menyatakan bahawa mereka masih berminat untuk memiliki enjin carian kedua terbesar dunia, Yahoo!.

Microhoo

Melalui sebuah temuramah yang dilakukan oleh The Times Online, COO (Chief Operating Officer) Microsoft menyatakan bahawa, sekiranya Yahoo! masih berminat untuk bekerjasama dengan Microsoft, mereka sanggup duduk semeja dan berbincang mengenainya, yang mana membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Microsoft sendiri telah melabur duit dalam membangunkan enjin cariannya tersendiri, disamping sedang menjalankan ujian pada Kumo.com dan membuat penyelidikan dan pembangunan melalui Viveri.


TIPS & ULASAN