Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan DirectX. Pada Windows XP, ianya hanya disertakan sehingga DirectX 9, dan versi seterusnya hanya disertakan ada Vista. Kini, teknologi DirectX bakal boleh digunakan pada sistem operasi Linux dan Mac.

Walaubagaimanapun, ianya bukanlah daripada usaha Microsoft, tetapi daripada usaha CodeWeavers, salah satu pembangun yang mana membolehkan para pengguna Linux dan Mac OS X menggunapakai aplikasi permainanan dan sistem Office yang direkabentuk untuk sistem operasi Windows. Sokongan DirectX 10 untuk sistem operasi Linux dan Mac OS X adalah salah satu perancangan mereka untuk tahun ini.

Sehingga kini, mereka telah pun membolehkan para pengguna bermain permainan Windows pada sistem operasi lain dengan baik, selain menyokong DirectX 9 dengan agak baik. Dalam beberapa bulan akan datang, mereka akan memperkenalkan CrossOver 8.0 untuk Linux dan mac. Ianya bakal membawa sokongan untuk menggunakan Internet Explorer 7, Quicken 2009, Photoshop CS3 dan menambah baik sokongan untuk Microsoft Office dan Outlook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd