IE8 Penamat Pelayar Internet Explorer?

IE8 Penamat Pelayar Internet Explorer?

Diterbitkan pada Mac 11, 2009 oleh .

Hari ini, InfoWorld melaporkan bahawa IE8 merupakan versi terakhir pelayar web Internet Explorer. Selepas ini dikatakan bahawa, Microsoft tidak lagi akan membangunkan enjin Internet Explorer, dan ianya akan berkubur begitu sahaja. Jadi apakah yang bakal mengantikannya?

Menurut InfoWorld lagi, terdapat ura-ura mengatakan Microsoft bakal mula menggunakan enjin WebKit yang mana digunakan oleh pelayar web Safari dan Chrome. Selain daripada itu, Microsoft sendiri sedang membangunkan enjin baru yang mana dikenali sebagai Gazelle. Gazelle sendiri dikatakan lebih selamat daripada Firefox dan Chrome. Ianya masih lagi dalam bentuk prototaip, dan sedang dibangunkan oleh bahagian penyelidikan Microsoft.

Sama seperti aplikasi pada komputer biasa, aplikasi internet yang dibuka menggunakan Gazelle bakal mempunyai proses operasi yang berasingan. Ianya mungkin salah satu langkah pertama dalam pengenalan dunia cloud-computing kepada orang ramai tidak lama lagi. Gazelle adalah permulaan Web OS, dan sama-sama kita nantikan pelancarannya.


TIPS & ULASAN