Setelah sekian lama iPhone 3G diperkenalkan, akhirnya kini, Maxis membawa masuk iPhone 3G kepada para penduduk Malaysia. Anda sudah boleh menempahnya sehingga 17 Mac ini, dan ianya bakal dilancarkan secara rasmi pada 20 hingga 22 Mac 2009 di KL Convention Centre. Pelbagai aktiviti dan demo berkaitan iPhone 3G bakal diadakan pada hari tersebut.
Pelan Kadar Untuk Maxis iPhone 3G
Apple iPhone 3G menyokong pelbagai teknologi komunikasi terkini, termasuk teknologi 3G, sokongan peta melalui GPS, termasuk sokongan fungsi-fungsi utama seperti Microsoft Exchange dan App Store Apple. Ianya boleh dikatakan sebagai gabungan tiga produk, telefon bimbit, iPod dan juga gajet internet yang membolehkan anda melayari laman web dengan lebih selesa lagi.
Via : InfoMalaya