Apple Memperkenalkan Shuffle Generasi Ketiga

Apple Memperkenalkan Shuffle Generasi Ketiga

Diterbitkan pada Mac 12, 2009 oleh .

Apple semalam telah melancarkan iPod Shuffle yang baru yang mana membawa rekabentuk baru serta beberapa fungsi yang serba baru. iPod yang berkapasiti 4Gb berupaya menyimpan lebih kurang 1000 buah lagu, disamping dilengkapi dengan teknologi VoiceOver. iPod Shuffle generasi ketiga ini sekali gus menjadi pemain muzik paling kecil didunia.

iPod Shuffle
Pemain iPod Generasi Ketiga

Saiznya hampir separuh daripada saiz iPod sebelum ini, malah lebih kecil daripada sel kering bersaiz AA. Panel kawalannya pula terletak pada earphone, memudahkan para pengguna untuk memainkan sesebuah lagu, mengawal volume, ataupun mengubah lagu. Selain daripada itu, ianya juga dilengkapi dengan teknologi VoiceOver, memudahkan anda mengetahui dan berpindah dari satu lagu kepada yang lain. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengetahui nama artis dan nama lagu yang sedang dimainkan, anda hanya perlu tekan button VoiceOver, dan ianya akan membacakan untuk anda, tanpa menganggu lagu yang sedang dimainkan.

iPod baru ini didatangkan dalam dua warna, iaitu silver dan hitam, yang mana bernilai USD$79 setiap satu. Anda boleh rujuk kepada laman Apple untuk mengetahui fungsi-fungsi lain dan melihat kelebihan iPod generasi ketiga ini dengan lebih dekat lagi.


TIPS & ULASAN