Uruskan Panggilan Suara Anda Melalui Google Voice

Uruskan Panggilan Suara Anda Melalui Google Voice

Diterbitkan pada Mac 13, 2009 oleh .

Setelah memiliki syarikat pengurusan servis telefon, GrandCentral pada tahun 2007, hari ini Google memperkenalkan Google Voice kepada orang ramai. Melalui Google Voice, kini anda sudah boleh menguruskan komuniskasi bersuara anda dengan lebih baik lagi berbanding sebelumnya.

GrandCentral
Antaramuka Google Voice [via]

Aplikasi baru ini, membantu anda menambah-baik cara anda menggunakan telefon anda. Anda boleh memperoleh transkrip untuk panggilan suara anda dan mengarkibnya, serta membuat carian semua mesej teks SMS anda yang anda terima dan hantar. Selain itu, anda juga boleh membuat panggilan antarabangsa yang lebih murah, disamping mendapat akses pantas kepada direktori Goog-411.

Sebelum ini, GrandCentral telah pun menawarkan beberapa fungsi menarik seperti kebolehan untuk membuat panggilan pantas dengan mendail satu nombor ke telefon rumah, pejabat dan telefon bimbit, selain membolehkan anda mengakses panggilan suara melalui web, dan berhubung melalui web secara langsung. Kesemua fungsi ini diintegrasikan sama ke dalam Google Voice, dan pelbagai fungsi lain turut diperkenalkan sama.

Sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna GrandCentral, anda sudah boleh menggunakan Google Voice dalam beberapa hari lagi. Bagi yang lain, ianya akan diintegrasi secara berperingkat dan mungkin mengambil sedikit masa. Sekiranya anda berminat, anda boleh meminta emel jemputan untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan Google Voice sebelum ianya diperkenalkan kepada orang ramai.

Sebelum ini, Google telah pun memperkenalkan fungsi video chat pada GMail. Mungkin Google Voice juga bakal diintegrasi ke dalam GMail tidak lama lagi. Malah, sebelum ini turut terdapat beberapa ura-ura mengatakan Google bakal membeli Skype, namun tiada berita lanjut berkenaannya sehingga kini.


TIPS & ULASAN