Carian
Google Memperkenalkan API Untuk Friend Connect
March 13, 2009 Aman

Nampaknya, kini Google Friend Connect cuba bersaing dengan Facebook Connect, dengan memperkenalkan fungsi API yang mana membolehkan para pembangun mengintegrasi akan Google Friend Connect ke dalam aplikasi dan laman web mereka.

Dengan penggunaan API baru ini, ianya membolehkan para pembangun menyertakan Google Friend Connect secara terus ke dalam sistem log masuk pengguna mereka dan membolehkan para pengguna menggunakan fungsi Google Friend Connect pada laman pihak ketiga. Beberapa API baru yang diperkenalkan membolehkan para pembangun dengan mudah membuat dan membangunkan plugin untuk CMS seperti WordPress, phpBB dan Drupal.

Malah menariknya, sudah pun terdapat plugin WordPress yang dibangunkan dengan menggunakan API Google Friend Connect ini. Dengan pengenalan ini, sudah terdapat beberapa pilihan untuk digunakan dalam sistem komen WordPress seperti penggunaan Yahoo! Updates, Facebook Connect, Google Friend Connect, serta beberapa sistem komen lain seperti Intense Debate, Disqus, dan JS-Kit. aMaNz masih akan menggunakan sistem komen yang disertakan bersama WordPress.

Komen