Internet Explorer 8 Bakal Di Lepaskan Pada 20 Mac

Internet Explorer 8 Bakal Di Lepaskan Pada 20 Mac

Diterbitkan pada Mac 13, 2009 oleh .

Nampaknya ia kini kian hampir dengan tarikh pelepasan pelayar web daripada Microsoft, iaitu Internet Explorer 8. Walaupun sehingga kini masih tiada tarikh rasmi berkenaan keluaran IE8, salah seorang wakil dari Microsoft Taiwan mendedahkan IE8 akan dilepaskan pada 20 Mac 2009 ini.

Microsoft sudah pun memperkenalkan IE8 di Taiwan, selain turut menyediakan versi tempatan bagi pelayar web itu disana. Salah satu fungsi menarik yang bakal diperkenalkan dalam IE8 adalah ‘Accelerators’ yang mana membolehkan para pengguna mengakses laman tempatan yang menyertakan peta, enjin carian, servis penterjemahan, emel dan blog dengan lebih pantas dan cepat.

Wakil dari Taiwan itu juga mengesahkan bahawa Internet Explorer 8 bakal dilancarkan pada hari terakhir MIX09, salah satu persidangan tahunan Microsoft. Sama -sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN