Opera 10 Alpha Kini Dengan Fungsi Opera Turbo

Opera 10 Alpha Kini Dengan Fungsi Opera Turbo

Diterbitkan pada Mac 14, 2009 oleh .

Ingat lagi berkenaan dengan Opera Turbo? Hari ini, Opera Labs telah pun melancarkan pratonton fungsi Turbo yang mana dirancangkan untuk pelayar web Opera 10 versi desktop. Melalui sebuah demo yang disediakan oleh pihak Opera, mereka memperlihatkan laman Slashdot dapat dibuka dengan lebih 4 kali ganda pantas menggunakan Opera Turbo.

Opera Turbo
Perbandingan Penggunaan Opera Turbo [via]

Sekiranya fungsi Turbo dibuka, anda dapat melihat kelajuan yang boleh dicapai oleh Opera, selain memperlihatkan penggunaan bandwith yang telah dijimatkan berbanding keadaan biasa. Walaubagaimanapun, Opera Turbo tidak mengubah sebarang rekabentuk atau antaramuka sesebuah laman web itu, yang mana digunakan oleh Opera Mini. Walaubagaimanapun, beberapa imej mungkin akan dihidangkan dengan resolusi yang lebih rendah berbanding keadaan biasa. Teknologi biasa seperti Flash dan AJAX masih disokong pada Opera Turbo.

Opera Turbo
Petunjuk Kelajuan Opera Turbo [via]

Anda boleh cuba menggunakan Opera Turbo versi percubaan sekarang, dan melaporkan sebarang kekurangan pada pihak pembangun mereka. Ianya hanyalah versi percubaan, dan bukannya versi akhir, dan berkemungkinan besar terdapat beberapa kekurangan yang diketahui dan tidak diketahui.


TIPS & ULASAN