Beta Terakhir Firefox 3.1 Di Lepaskan

Beta Terakhir Firefox 3.1 Di Lepaskan

Diterbitkan pada Mac 15, 2009 oleh .

Mozilla telah pun mengeluarkan beta ketiga untuk Firefox 3.1, ataupun boleh dikatakan versi terakhir yang diberikan angka 3.1. Seperti yang diberitahu sebelum ini, versi pembangunan selepas ini akan dilabelkan sebagai Firefox 3.5 Beta 4, sambungan daripada versi pembangunan ini.

Beberapa perkara sedang diberikan perhatian oleh pihak Mozilla sendiri dalam pembangunan versi Firefox seterusna. Melalui beta terkini, mereka telah menaik-taraf enjin Gecko, untuk membuka laman web dengan lebih pantas, dan mengemaskini aplikasi TraceMonkey menjadikannya lebih pantas dan stabil ketika membuka aplikasi web berasaskan JavaScript.

Selain daripada Firefox, pelayar web lain turut sama dalam perjuangan untuk memperkenalkan pelayar web terpantas. Opera baru sahaja memperkenalkan fungsi Opera Turbo pada Opera 10 Alpha, disamping Apple yang mengatakan Safari 4 Beta sebagai pelayar web terpantas dimasa ini. Google turut sama dalam membangunkan Chrome menjadi yang terbaik. Microsoft pula dikatakan akan memperkenalkan Internet Explorer 8 dalam bulan ini.

Melalui versi pembangunan Firefox terkini, beberapa perkara yang dibawakan oleh Mozilla adalah seperti:

  • Fungsi Private Browsing yang dinaik-taraf.
  • Kemaskini pada enjin TraceMonkey, membolehkan JavaScript dibuka lebih pantas dan stabil berbanding sebelumnya.
  • Sokongan JSON.
  • Kemaskini enjin Gecko, membolehkan kandungan laman web dibuka lebih pantas.
  • Dan banyak lagi.

TIPS & ULASAN