Carian
Nantikan WordPress 2.8 Pada Bulan April Ini
March 16, 2009 Aman

WordPress 2.8 yang dinanti-nanti bakal dilepaskan pada April 2009 kelak, membawa pelbagai perubahan dan penambahan fungsi-fungsi menarik, disamping menambah-baik pelbagai fungsi yang sedia ada. Mungkin sebelum ini, ramai yang naik menyampah dengan setiap keluaran versi terkini WordPress, namun dengan kebolehan untuk mengemas-kini secara automatik, ianya telah mengubah segalanya.

WordPress 2.8 - Pasang Tema
Fungsi Memasang Tema Melalui Panel Dashboard Pada WordPress 2.8 [via]

Antara perkara baru yang bakal diperkenalkan di dalam WordPress 2.8 adalah:

  • Antaramuka penggunaan widget yang diperbaiki.
  • Pengenalan pemasangan tema melalui panel dashboard, sama seperti pemasangan plugin melalui dashboard.
  • Penggunaan SimplePie untuk pengurusan feed pada dashboard dan widget.
  • XMLRPC yang ditambah-baik.
  • …dan banyak lagi.

WordPress 2.8 dijangka akan dilepaskan pada awal bulan April kelak, dan sama seperti versi sebelumnya, anda boleh menaik-taraf pemasangan WordPress anda dengan hanya satu klik, melalui dashboard, tanpa perlu melalui jalan mengemaskini yang sukar seperti dahulu lagi.

Komen