Windows 7 Build 7061 Masih Berlabel RC

Windows 7 Build 7061 Masih Berlabel RC

Diterbitkan pada Mac 17, 2009 oleh .

Umum sedia maklum bahawa Windows 7 Build 7057 sudah pun mula tersebar di laman-laman torrent, dan ianya merupakan salah satu versi pembangunan dalam kelompok Release Candidate. Terbaru, dimaklumkan bahawa sudah pun terdapat Build 7061 yang mana hanya pekerja dalaman Microsoft sahaja mendapat akses kepadanya.

Windows 7 Build 7051
Skrin Log Keluar Baru Pada Windows 7 RC

Sama seperti Build 7057, Build 7061 juga merupakan masih dalam kelompok pembangunan Release Candidate, dan versi penuh Release Candidate dijangka akan mula dikeluarkan pada akhir bulan Mei kelak. Build 7061 dikenal pasti di himpunkan pada 11 Mac 2009, iaitu hanya beberapa hari sebelum artikel ini ditulis. Versi akhir Release Candidate masih belum diketahui bakal menggunakan angka build berapa.

Namun begitu, terdapat beberapa ura-ura mengatakan bahawa, Release Candidate turut sama akan dibuka akses kepada para pengguna seluruh dunia untuk mencubanya terlebih dahulu, sebelum menentukan samaada untuk membelinya ataupun tidak.


TIPS & ULASAN