Di Malaysia, Friendster lebih popular sekiranya dibandingkan dengan Facebook. Tetapi mungkin suatu perkara yang tidak di perasan oleh para penggunanya, hari demi hari, Friendster makin menyerupai fungsi-fungsi pada Facebook. Adakah Friendster bakal menjadi Facebook nombor dua?
Aktiviti Rakan-Rakan Di Perlihatkan Dalam Masa Nyata
Sekiranya sebelum ini, Friendster ada memperkenalkan aplikasi berbentuk widget yang boleh disertakan pada profail pengguna, sama seperti Facebook, kini terbaru mereka sudah mengubah rekabentuk halaman hadapan Friendster yang mana memperlihatkan aktiviti rakan-rakan pengguna pada Friendster. Cara ianya diperlihatkan hampir sama seperti pada Facebook, yang mana memperlihatkan shoutout rakan yang baru, termasuk komen mereka pada profail pengguna lain, gambar-gambar baru yang dimuat-naik, serta rakan baru yang ditambah pada senarai rakan mereka di Friendster.
Mungkin Facebook agak popular di Amerika dan negara-negara barat yang lain, tetapi ianya berbeza di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain, dimana Friendster mendapat lebih perhatian pada para penggunanya. Malah, dengan pengenalan fungsi mengikuti rakan melalui telefon bimbit, ianya lebih menarik minat para pengguna serata asia.
Mungkin dengan pengenalan fungsi-fungsi seperti ini, ianya akan memudahkan lagi para pengguna untuk mengintegrasikan diri kepada Facebook, malah memudahkan para pengguna Facebook berpindah kepada Friendster. Satu kekurangan yang masih terdapat pada Friendster adalah kekurangan penggunaan fungsi AJAX seperti pada Facebook. Mungkin tidak lama lagi, ianya bakal diaplikasikan sama.