Carian
Twitter Bereksprementasi Dengan Iklan Teks
March 17, 2009 Aman

Twitter sudah lama berada di alam maya, tetapi sehingga hari ini, ianya masih lagi bebas daripada iklan. Namun begitu, ianya mungkin berubah tidak lama lagi. Hari ini, kelihatan, Twitter mula bereksprimentasi dengan iklan teks pada lamannya.

Iklan Pada Twitter
Iklan Teks Pada Twitter

Menariknya, iklan teks yang diperlihatkan pada laman tersebut, tidak berapa menganggu, malah kedudukan iklannya juga agak strategik, iaitu dibawah nama pengguna. Buat masa ini, Twitter hanya mengiklankan produk-produknya sendiri, dan masih belum membuka pengiklanan kepada pihak ketiga. Mungkin tidak lama lagi, kita sudah boleh melihat iklan pihak ketiga di Twitter. Twitter kini merupakan antara 100 laman terkemuka di dunia, dan pembukaan pengiklanan padanya, mungkin akan menarik perhatian ramai pihak.

Komen