Google Chrome 2.0 Bakal Menyokong Extension

Google Chrome 2.0 Bakal Menyokong Extension

Diterbitkan pada Mac 18, 2009 oleh .

Pada bulan Disember 2008 yang lepas, Google Chrome telah pun keluar daripada beta secara rasminya, dan memperkenalkan beberapa fungsi-fungsi baru sejak daripada itu. Selepas itu, Google telah memperkenalkan Chrome 2.0 kepada para pembangun pada bulan Januari, dan kini Chrome 2.0 yang lebih stabil dilepaskan kepada pengguna biasa untuk mencubanya terlebih dahulu.

Perkara utama yang diberi perhatian pada Chrome 2.0 adalah kelajuan dan prestasi. Ianya menggunakan enjin WebKit dan V8 yang terkini sekaligus memberikannya kelajuan lebih 25% pada ujian V8, manakala lebih 35% pada ujian Sunspider jikalau dibandingkan dengan versi stabil yang digunakan sekarang. Selain itu, ianya juga turut membawakan fungsi skrin penuh, dan kebolehan untuk zoom.

Menariknya, bersama-sama dengan ini, Google juga turut sama menyediakan sebuah dokumen khas untuk membantu para pembangun, membangunkan add-on khas untuk Chrome, yang mana dikenali sebagai Extension untuk Chrome. Mungkin tidak lama lagi, Chrome bakal mempunyai add-on sama seperti yang mana terdapat di Firefox.


TIPS & ULASAN