Cari @ Amanz

Mungkin ramai sudah sedia maklum yang mana Ubuntu 9.04 bakal membawakan antaramuka baru dengan beberapa fungsi yang menarik seperti Notify-OSD, dan banyak lagi. Sebelum ini pun, sudah dipertontonkan imej skrin log masuk yang serba baru dan menarik berbanding sebelumnya. Canonical baru sahaja memuat-naik beberapa tema untuk digunakan bersama pada Ubuntu 9.04, yang mana masing-masing diberi nama Dust, Dust Sand dan juga New Wave.

Ubuntu 9.04
Ubuntu 9.04 Dengan Tema Dust [via]

Ubuntu 9.04
Ubuntu 9.04 Dengan Tema New Wave [via]

Ubuntu 9.04
Ubuntu 9.04 Dengan Tema Dust Sand [via]

Dengan ini, Ubuntu 9.04 bakal membawakan skrin log masuk yang baru, beserta dengan fungsi notifikasi, dan tiga tema yang amat menarik sekali. Jumaat depan, Ubuntu 9.04 Beta bakal dilepaskan. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd