IBM Bakal Miliki Sun Microsystem Untuk $6.5 Billion

IBM Bakal Miliki Sun Microsystem Untuk $6.5 Billion

Diterbitkan pada Mac 18, 2009 oleh .

Beberapa laporan hari ini mendedahkan IBM (International Business Machines Corp) dalam perancangan untuk membeli Sun Microsystems Inc pada harga lebih kurang $6.5 billion. Paling cepat, pembelian ini mungkin akan berlaku dalamm minggu ini juga, ataupun mengambil sedikit masa untuk kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Saham Sun hari ini mencapai $4.95 sesaham.

Pemilkan Sun Microsystem bakal membawa keuntungan kepada IBM daripada pelbagai bidang, termasuk simpanan data dan telekomunikasi, selain memiliki teknologi cloud-computing yang sedang dibangunkan oleh Sun Microsystem. Secara kasarnya, IBM merupakan syarikat yang menjual perisian dan juga perkhidmatan, sebaliknya Sun lebih kepada bahagian hardware, yang mana pemilikannya bakal membawa keuntungan kepada IBM dari pelbagai segi.

Sun Microsystem sendiri memliki beberapa teknologi, seperti Java, mySQL, Solaris dan banyak lagi. Dengan pemilikan Sun Microsystem, IBM bakal mempunyai kuasa pasaran server sebanyak 42%, menjadikan kedudukannya di tempat pertama lebih kukuh.


TIPS & ULASAN