Chrome Experiments : Gabungan JavaScript dan Chrome

Chrome Experiments : Gabungan JavaScript dan Chrome

Diterbitkan pada Mac 19, 2009 oleh .

Semalam Google telah pun memperkenalkan Google Chrome 2.0 Beta untuk para pengguna biasa, yang memperlihatkan pelbagai penambah-baikkan, termasuk penggunaan enjin V8 terkini. Hari ini pula, Google memperkenalkan Chrome Experiments, yang memperlihatkan permainan dan aplikasi yang dibangunkan menggunakan JavaScript. Malah, beberapa aplikasi, turut sama boleh digunakan dalam Firefox, Safari dan juga IE.

Buat masa ini, Chrome Experiments memperlihatkan lebih kurang 19 aplikasi, yang mana ianya akan ditambah dari masa ke semasa. Para pembangun aplikasi juga turut sama boleh menghantar aplikasi mereka yang berasaskan JavaScript untuk disertakan sama. Google akan mendedahkan lebih banyak perkara mengenainya di Google I/O kelak. Mungkin, ianya merupakan permulaan kepada add-on pada Chrome.


TIPS & ULASAN