Cari @ Amanz

Selain daripada Silverlight 3.0 yang mendapat perhatian ramai pada MIX 09, Microsoft juga hari ini memperkenalkan Expression Web SuperPreview, salah satu subset daripada Expression Web 3 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Walaupun agak kurang popular, ianya merupakan salah satu aplikasi yang amat berguna bagi para pembangun laman web.

superpreview
SuperPreview Ketika Beraksi [via]

Hampir setiap pembangun laman web hari ini menghadapi masalah untuk membolehkan laman web yang dibangunkan mereka berfungsi dengan sempurna pada setiap pelayar web. Dengan lambakan pelayar web, seperti Internet Explorer, Firefox, Safari dan banyak lagi, mungkin tidak semua yang boleh memasangnya pada komputer mereka. Di sinilah Expression Web SuperPreview datang menolong, dimana ianya menyediakan pandangan melalui pelayar web yang berbeza. Melalui hanya beberapa klik sahaja, anda sudah boleh melihat dan bandingkan laman web anda pada pelayar web yang berbeza.

Untuk mencubanya, anda boleh memuat-turunnya serta-merta daripada laman Microsoft secara percuma. Tetapi, ianya masih lagi dalam pembangunan, dan versi pembangunan ini hanya memberikan anda untuk mengujinya pada enjin Internet Explorer sahaja. Versi akhir perisian ini dijangka akan menemui para pengguna pada akhir tahun ini, dengan lebih banyak fungsi lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd