Internet Explorer 8 Di Lepaskan Secara Rasmi

Internet Explorer 8 Di Lepaskan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mac 19, 2009 oleh .

Setelah mengumumkan Internet Explorer 8 Beta 1 pada MIX08, hari ini, di MIX 09, Microsoft mempersembahkan Internet Explorer 8, pelayar web berasaskan enjin IE yang dinanti-nantikan oleh para pengguna. Melalui IE8, Microsoft membolehkan para pengguna melayari laman web dengan lebih pantas dan selamat berbanding sebelumnya.

Beberapa fungsi baru dalam Internet Explorer 8 adalah:

  • Accelerators. Melalui fungsi Accelerators, para pengguna boleh mengakses beberapa servis internet dengan lebih pantas, seperti peta, emel dan fungsi berkongsi artikel pada laman sosial. Untuk menggunakannya, hanya klik kanan pada sesuatu perkataan, dan anda boleh memilih samaada ingin membuat carian pada peta, web dan sebagainya.
  • Web Slices. Fungsi Web Slices di Internet Explorer 8 membolehkan informasi kegemaran para pengguna daripada laman-laman terkemuka seperti Digg, Yahoo! Mail, dan eBay dipaparpkan dimana-mana sahaja ketika anda sedang melayari laman web, sekaligus membolehkan anda mengikuti sesuatu perkara dalam masa nyata.
  • Cadangan Carian. Kotak carian pada Internet Explorer 8 membolehkan anda membuat carian pada masa nyata daripada laman-laman seperti Amazon dan WikiPedia, dan carian akan dipaparkan dalam bentuk visual dan lebih menjimatkan masa berbanding sebelumnya.

Pelayar web daripada Microsoft ini disediakan dalam lebih 25 bahasa asing termasuk Arab dan Cina. Menariknya, ianya akan dilepaskan sehari lebih awal daripada yang dijangkakan sebelum ini. Internet Explorer 8 dijangka mengembalikan semula kuasa pasaran pelayar web Microsoft yang mengalami penurunan akhir-akhir ini. Muat-turunnya sekarang!


TIPS & ULASAN