Setelah lama menggunakan Adobe Flash untuk membawakan video pada laman YouTube, kini mereka mula mengintegrasikan teknologi Silverlight pada pemain video mereka. Walaupun ianya masih dalam percubaan dan belum diimplementasi secara keseluruhannya, terdapat beberapa saluran yang kini hanya menggunakan Silverlight untuk membawakan video mereka.
Silverlight Pada YouTube
Salah satu saluran yang menyokong Silverlight pada YouTube adalah saluran March Madness (saluran berkenaan dengan bola keranjang). Melaluinya, ia membolehkan YouTube membawakan siaran langsung ke laman web mereka dengan mudah. Sebelum ini, ketika pemilihan Obama, YouTube menggunakan khidmat Akamai untuk membawakan salurannya secara langsung. Mungkin selepas ini, YouTube akan mula menggunakan Silverlight untuk membawakan saluran TV secara langsung pada laman miliknya itu.