GMail Memperkenalkan Fungsi Undo

GMail Memperkenalkan Fungsi Undo

Diterbitkan pada Mac 20, 2009 oleh .

Sekiranya anda sering menyesal selepas menghantar sesuatu emel, fungsi baru daripada Google ini mungkin serba-sedikit membantu anda. Hari ini, Google memperkenalkan fungsi undo kepada setiap emel yang dihantar, membolehkan anda mengelak daripada menghantar emel yang kurang lengkap atau tujukannya kepada penerima yang salah.

Undo Send

Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya berfungsi untuk 5 saat, dan selepas daripada itu, emel anda akan dihantar, dan anda tidak lagi boleh menggunakan fungsi undo selepas daripada itu. Untu mengaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu klik pada Settings dan pilih GMail Labs. Seterusnya aktifkan fungsi Undo Send.


TIPS & ULASAN