Twitter Kini Berumur Tiga Tahun

Twitter Kini Berumur Tiga Tahun

Diterbitkan pada Mac 22, 2009 oleh .

Jack Dorset, salah seorang pembangun Twitter, hari ini telah tweet berkenaan dengan ulang tahun Twitter yang ke-tiga. Ianya sudah tiga tahun Twitter berada dalam alam maya, sehingga kini yang menjadikannya sebagai antara laman sosial yang digunakan ramai pengguna untuk mengemaskini status mereka dari masa ke semasa daripada pelbagai aplikasi.

Tiga tahun sebelum ini, Twitter dimulakan dengan nama Twttr oleh Jack Dorsey, Noah Glass, Biz Stone dan Evan Williams, di dalam syarikat Odeo. Walaubagaimanapun, pada tahun Oktober 2006, pengurusan syarikat tersebut dibeli oleh pihak lain, dan membuatkan pekerja-pekerja Odeo memulakan syarikat baru dan membangunkan Twitter. Pada mulanya, ianya hanya digunakan oleh para pekerja dalaman Odeo sahaja, sebelum ianya dibuka kepada orang ramai. Selain daripada versi berbahasa Inggeris, Twitter juga mempunyai versi berbahasa Jepun, yang mula dibina pada 22 April 2008. Pelbagai aplikasi juga dibangunkan menggunakan API Twitter, selain pelbagai medium diperkenalkan untuk menulis pada Twitter.

Kini, ianya sudah menjadi antara medium komunikasi utama, selain mencabar Facebook sendiri. Ia juga kini sedang bereksprementasi dengan iklan dan sebagainya, selain beberapa aplikasi dibangunkan untuk membolehkan pengguna untuk membuat carian masa nyata padanya.


TIPS & ULASAN