IE 8 Menyokong Penuh Implementasi CSS 2.1

IE 8 Menyokong Penuh Implementasi CSS 2.1

Diterbitkan pada Mac 23, 2009 oleh .

Jikalau sebelum ini, Internet Explorer sering menjadi bahan kutukan orang ramai kerana tidak mematuhi standard dan piawaian pelayar web, kini Microsoft berbangga dengan pencapaian pelayar web Internet Explorer 8-nya ini. IE8 menjadi pelayar web pertama yang mematuhi implementasi CSS 2.1, jauh meninggalkan para pesaingnya yang lain.

Melalui 196 ujian yang dilakukan untuk menguji tahap implementasi CSS 2.1, Internet Explorer lulus kesemua ujian dengan mudah. Implementasi CSS 2.1 mula dibangunkan sejak IE8 RC lagi, dan versi penuhnya, menyokong penuh penggunaan CSS 2.1. Mungkin dengan adanya Internet Explorer 8, Microsoft bakal mendapatkan kembali kuasa pasaran pelayar web yang makin kehilangan dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN