Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan fungsi halaman tab baru tidak lama sebelum ini, kini Mozilla Labs terus memperbaiki rekabentuk halaman tab baru mereka dengan memperkenalkan sebuah bulatan yang mana memperlihatkan laman-laman yang sering dilawati.

Halaman Tab Baru
Rekabentuk Konsep Halaman Tab Baru Mozilla

Ianya masih lagi dalam rekabentuk konsep lagi, dan mungkin akan diperbaiki dengan lebih baik lagi pada produk akhir Mozilla Firefox kelak. Ianya bakal memperlihatkan lebih kurang 8 pautan web yang mana sering dilawati oleh para pengguna apabila para pengguna membuka halaman tab baru. Produk akhir kelak, bakal membolehkan para pengguna klik pada bulatan tersebut, dan membawa mereka ke halaman pautan tersebut.

Untuk mencuba add-on ini pada Mozilla Firefox anda, anda perlu gunakan versi pembangunan Firefox 3.1 ataupun Minefield yang terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd